Monday, October 30, 2017

Setiap penyakit ada ubatnya

Setiap penyakit ada ubatnya
Tidaklah Allah subhanahu wa taala menurunkan penyakit melainkan pasti ada ubatnya. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhum, bahawasanya Nabi Shallallahu alahi wa sallam bersabda:

 "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" ( Sahih Bukari No. 5354 )

Dari Jabbir Bin Abdillah Radhiallahu anhum; katanya Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:

" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )

Hadis ini membatalkan banyak dari dakwaan orang yang menyatakan setengah penyakit susah diubatinya kerana ketiadaan ubat. Dan ubat yang ada tidak dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Kita beriman dengan hadis ini dan jelas bahawa penyakit tidak sembuh kerana ubat tidak sesuai. Dan penyakit boleh sembuh dengan ubat yang sesuai dengan izin Allah. Kadang-kadang penyakit boleh sembuh dengan memakan makanan yang biasa dimakan seperti buah dan sebagainya. Contohnya penyakit scuvy dapat disembuhkan dengan memakan banyak buah sitrus yang mengandungi vitamin C.

Disebutkan dalam Musnad Imam Ahmad : Dari Usamah bin Syarik, Nabi shallalahu alaihi wa sallam bersabda;

" Sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya. Ini diketahui oleh sebahagian orang dan tidak diketahui oleh sebahagian lain"
[Al-Musnad (IV/2788), Juga diriwayat oleh Ibnu Majah no. 3436, Abu Dawud no. 3855, Tirmidzi No 2038.  Sanad Hadis ini sahih dan terdapat jalur lain dari Ibnu Mas'ud]

Dalam Lafaz Lain;

"Sesungguhnyn Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga meletakkan ubatnya kecuali satu penyakit." Para sahabat bertanya " Penyakit apakah itu wahai rasulullah ?" Nabi menjawab " Ketuaan "'

Wednesday, October 11, 2017

Penyembuhan kencing manis type 2 dgn Perubatan Nabi atau Tibben Nabawi

Penyembuhan kencing manis type 2 dgn
Perubatan Nabi atau Tibben Nabawi merangkumi 5 perkara :

1. Yakin Allah yg sembuhkan penyakit bukan manusia

2. Melakukan amal salih dan elak dari perkara yg datangkan kemurkaan Allah

3. Modifikasi pemakanan dengan amalkan cara makan Rasulullah 100%

4. Pengambilan herba2 tertentu termasuk HABBATUS SAUDA yg diamalkan
oleh Rasulullah

5. Bekam

Kombinasi 5 perkara ini beserta doa dan amal saleh mampu merawat apa
penyakit sekalipun dengan izin Allah swt.

......................................................................................................................................................

1. Yakin ALLAH yang sembuhkan setiap penyakit. Bukan manusia/ ubat/ diet/herba/bekam atau yang lain2 sembuhkan. Senantiasa bersangka baik pada Allah & yakin Allah pasti sembuhkan penyakit kita ini.

Sentiasalah berdoa dgn penuh mengharap kepada Allah.

Setelah berusaha & berdoa, berserahlah diri sepenuhnya kpd Allah dgn sebenar2 penyerahan.
 
 
2. Wajib lakukan amal soleh setiap hari siang & malam spt sedekah sekurang2nya 2 kali sehari, baca Quran, puasa2 sunat sekurang2 puasa isnin & khamis, Solat2 sunat, Solat Tahajjud, & lain2 solat malam, berzikir, tasbih & selawat dll amal soleh


Tuesday, October 10, 2017

Modifikasi pemakanan dengan amalkan cara makan Rasulullah 100%

3. Modifikasi pemakanan dengan amalkan cara makan Rasulullah 100%

Cuba ikut diet saya ni

Diet yg saya amalkan adalah disarankan oleh Dr. Hj. Noorul Amin untuk sembuhkan kencing manis type 2. Perlu diamalkan selama 90 hari.

Bangun saja dari tidur. Saya minum 1 cawan/250ml air rebusan habbatusauda (hs). Ini untuk 30 hari pertama. Pada hari ke 31 dan seterusnya minum 1 sudu makan minyak habbatusauda.

Selepas 1 jam baru sarapan
Minum 1-2 gelas air barli tanpa gula atau dimaniskan dgn apa2 pemanis

Selepas sarapan, mkn 1 sudu teh (teaspoon/sudu kecil) herba kencing manis (km). (Jika gula dalam darah kurang 12mmol, ambil 2 kali sehari. Jika lebih 12mmol, 3 kali sehari. Ambil setiap 8 jam sekali)

Makan Tengahari – 1130/1200 tghari – roti barli/bubur barli/lempeng barli berlaukan sayuran 1 atau 2 jenis sayuran yg dimasak dgn minyak zaitun

Makan malam - roti barli/bubur barli/lempeng barli/biji barli yg dah direbus berlaukan sayuran 1 atau 2 jenis sayuran yg dimasak dgn minyak zaitun
(Pagi kita minum sahaja, tengahari & malam kita makan, secara keseluruhan kita hanya makan 2 kali dalam 1 hari)
Lauk sayur2an. Bagus tambah flax seed dlm masakan. Boleh pelbagaikan masakan.. samada kari, sup dll.

Selepas mkn mlm, mkn 1 sudu teh herba km.

Monday, October 9, 2017

Puasa Isnin & Khamis

Puasa Isnin & Khamis


Sepanjang 3 bulan ni, kita kena puasa sekurang-kurangnya setiap Isnin &
Khamis. Makanan untuk sahur & berbuka - roti barli/bubur barli/lempeng barli/biji
barli yg dah direbus berlaukan sayuran 1 atau 2 jenis sayuran yg dimasak dgn
minyak zaitun.

Berpuasa akan cepatkan lagi proses penyembuhan.

Sunday, October 8, 2017

Pantang

Pantang


Sepanjang 3 bulan ni kena berpantang.

3.1. Tak boleh makan semua jenis daging haiwan & telurnya. Kuahnya pun
tak boleh. Jamah atau rasa pun tak boleh. Ikan, sotong, udang, bilis,
kerang, ketam, lala, ayam, itik, daging lembu, kambing, burung, telur tak
boleh dimakan atau dirasa.

3.2. Buah yang tak boleh dimakan buah durian, pisang, tembikai, mangga &
nangka dan lain-lain buah yang G.I tinggi.

3.3. Sayur yg tak boleh... terung, bendi, kobis, kobis bunga, jagung, jagung
sayur & kentang.

3.4. Semua jenis minyak masak tak boleh guna kecuali minyak zaitun sahaja.

3.5. Kopi, teh, milo, horlick dll tak boleh. Yg boleh hanyalah air barli yg
diperolehi dr rebusan beras barli.

3.6. Gula & susu pekat manis tak boleh.

3.7. Tak boleh mkn/minum semua produk dlm tin, botol & paket.

3.8. Tak boleh mkn semua produk karbo spt nasi, roti, biskut, mee, bihun,
laksa, spegeti, makaroni, makanan yang diproses, junk food dll. Makanan
kita hanyalah berasaskan barli, sayur2an & buah2an sahaja.

3.9. Semua bahan perasa tak boleh digunakan kecuali garam sahaja. Sebaik-baiknya guna garam bukit.

Saturday, October 7, 2017

PENGAMBILAN HERBA

4. Pengambilan herba2 tertentu termasuk HABBATUS SAUDA yg diamalkan oleh Rasulullah.

HERBA KENCING MANIS

Apakah fungsi herba kencing manis ?

[8/22, 09:29] Dr. Noorulamin: Membaiki sel beta pancreas utk hasilkan insulin semulajadi

[8/22, 09:34] Dr. Noorulamin: Diformulasi oleh doktor di Saudi berdasarkan panduan dari kitab perubatan Ibn Qayyum dan Ibn Sina

Rujuk photo yang dilampirkan. Kombinasi 15 jenis herba ini yang dicadangkan oleh Ibn Qayyim dalam buku beliau mampu membaiki organ pancreas yang rosak dan gagal hasilkan INSULIN sekaligus mengembalikan paras gula ke tahap normal.

Sila rujuk gambar di bawah ini
Jika sukar untuk mendapatkannya, sila hubungi saya 019-6781007 Johari atau whatsapp wasap.my/+60196781007 untuk mendapatkan yg dah siap proses. RM150 sebotol. Berat 150 gram.


Cara mkn

1 sudu teh herba bancuh dgn setengah cawan air kosong. Kacau..kacau..kacau.. minum

Ambil selepas mkn

Jika gula bawah 12mmol  .1 sudu teh ..2 kali sehari (selepas sarapan & mkn mlm)..1 botol tahan 1 bulan..

Jika gula lebih 12mmol  .1 sudu teh ..3 kali sehari..1  bulan..1 botol setengah


Jom kenali herba-herba yang terkandung dalam ni









Friday, October 6, 2017

Bekam

5. Bekam


Bekam perlu dibuat setiap 2 minggu sekali selama 3 bulan. Maknanya 6 kali.
Carilah tempat bekam yg bersih, memang pusat bekam, harga yg berpatutan
(kena tanya harga dulu sblm buat bekam), Jgn bekam tepi jalan atau kat
pasar mlm, cari jurubekam yg profesional yg patuhi SOP berbekam.

Poin utk yg dah biasa berbekam  Rujuk gambar


   


 5 poin di bahagian belakang badan.



1 poin bahagian depan badan.




















Thursday, October 5, 2017

Bahan2 yg diperlukan

Dimanakah boleh dapatkan bahan2 yg diperlukan utk program penyembuhan ini  ? Ada di antara bahan2 ni tuan/puan boleh beli di kedai runcit/pasaraya/kedai mknan sunnah/kedai ubat cina/india/kedai Arab

1. Jintan hitam = Biji  habbatusauda. Perlu guna  2.5kg. kat mydin biasanya RM26 sekilo, giant, econsave, segi fresh mart pun ada jual

2. Tepung barli.. ni pilihan..x gunakan pun x apa....boleh kisar sendiri biji barli utk jdkan tepung..kedai organik, kedai india yg jual/mesin rempah2 biasanya ada jual. Lazada/Shoppee pun ada jual

3. Herba kencing manis..boleh google utk lebih kenal 15 jenis herba ni. Kat kedai ubat cina/india/arab kdg2 ada jual bahan2 ni. 

4. Biji barli..senang nak dpt di mana2 kedai runcit/pasaraya. Belilah pek yg 500 gram ke atas .lebih murah

5. Minyak habbatusauda utk hari ke 31 dan seterusnya.. boleh didapati di kedai2 mknan sunnah

6. Gula kabung.. ni pun pilihan juga..x guna pun x apa.. sy biasa beli kat pasar tani.. 600 gram RM18. Kena tanya penjual tu..ori atau tak.. biasanya yg campur gula lebih murah
====================
Jika tuan/puan sukar utk dptkan bahan2 ini..boleh dptkan  dr saya.

Jintan hitam / Biji habbatusauda RM40/kg termasuk pos. Kita perlu guna 2.5kg. 

Tepung Barli RM30/kg termasuk pos

Herba kencing Manis DM RM150 sebotol 150gram termasuk pos

Boleh semak brg2 keperluan tuan/puan di link ini shopee Johari Abu

114039333159
Maybank
Johari Abu

In sha Allah barang yg dipesan akan diterima dalam masa 7 hari waktu bekerja. Jika tidak terima barang dlm jangka masa ini, sila beritahu saya semula.
(Utk kawasan semenanjung saja. Sabah & Sarawak lg lama sikit)

 hubungi saya.. 0196781007 atau  WhatsApp

Wednesday, October 4, 2017

Cara2 sediakan air rebusan Habbatus Sauda (Dos Tinggi)

Cara2 sediakan air rebusan Habbatus Sauda (Dos Tinggi)


Bahan-Bahan
1. Habbatus Sauda BIji 500g
2. Air 3 liter

Cara-caranya

1. Biji habbatusauda (hs) tak perlu dibasuh/cuci..Rendam dalam 3 litre air selama
8 jam (overnight)

2. Rebus sehingga tinggal separuh (1.5liter) dgn api perlahan lebih kurang 1 jam

3. Biarkan sejuk. Tapis utk asingkan biji & air....Air simpan dalam peti sejuk.

4. Buang HS yang telah digunakan atau dijadikan baja.
Setiap 500gram biji habbatusauda yg direbus akan dpt 1 botol 1.5 litre air
bersamaan 6 cawan. Dpt minum selama 6 hari. Sebulan kena guna 2.5kg biji
habbatusauda

Cara Guna
1. Air ini boleh diminum sejuk atau panas. Perlu diminum sebanyak 250ml (1
cawan) setiap pagi semasa perut kosong. Selepas 1 jam baru boleh sarapan
pagi atau sahur.
.. jika terlupa nak minum semasa perut kosong..apabila teringat ..terus saja
minum. Kalau puasa, masa berbuka nantilah baru minum.

2. Dos ini hanya untuk 30 hari.
Hari seterusnya, minum minyak hs 1 sudu teh..2 kali sehari atau  1 sudu mkn...1 kali sehari.

RINGKASAN DIET

Ringkasan cara diet

1. Bangun tidur minum 1 cawan (250ml) air rebusan habbatusauda selama 30 hari. Hari ke 31 & seterusnya 1 sudu teh minyak hs.

2. Selepas 1 jam ..sarapan..air rebusan barli

3. Selepas sarapan..minum 1 sudu teh herba km

4. Mkn tghari... bubur barli/biji barli rebus/roti barli dgn lauk sayuran

5. Mkn mlm.. biji barli rebus & sayur2an dgn minyak zaitun.

6. Selepas mkn mlm ...mkn herba km

7. Bekam setiap 2 minggu sekali

* Utk gula yg lebih 12mmol, perlu ambil herba km 3 kali sehari *

jgn langgar pantang

sila pastikan diet tuan/puan sama spt ni

Tuesday, October 3, 2017

Cara masak Bubur Tepung Barli / Talbinah

Cara masak Bubur Tepung Barli / Talbinah

2 sudu makan tepung barli
2 cawan air (500 ml). Air paip

Caranya

1. Masukan 2 sudu mkn tepung barli ke dalam periuk

2. Lepas tu masukan 2 cawan air paip / air bertapis/ air mineral.

3. Kacau ikut pusingan tawaf /lawan jam sehingga tepung tidak berketul atau cair

4. Masak diatas api. Kacau ikut pusingan tawaf /lawan jam sehingga
mendidih/masak.

5. Sejukan.. makan..boleh bubuh madu, badam, kismis, minyak zaitun

Kalau nak rasa ala2 bubur cendawan pizza hut.. bubuh lada sulah/lada putih
sikit. (Serbuk yg ditumbuk/blend sendiri)

Semasa masak bubur ini boleh dicampur dgn sayur2, flax seed, cendawan

Monday, October 2, 2017

Cara masak biji barli

Cara masak biji barli

500gram biji barli
3 litre air (2 botol besar air mineral)

Cara2nya

Basuh biji barli spt basuh beras. Kemudian rebus saja dgn 3 litre air. Bila dah
mendidih, biarkan mendidih terus sehingga 10 - 15 minit lg. Tutup api..
Jgn risau jika barli x kembang lg..barli akan kembang sendiri nanti.

Bila dah sejuk, simpan dlm peti sejuk. JANGAN SIMPAN DITEMPAT BEKU.

Apabila nak mkn, ambil & panaskan yg kita perlu saja.
Mknlah spt mkn nasi berlaukan sayuran..

Airnya yg byk tadi, boleh diminum semasa sarapan pagi. Nak tambah lemon pun
boleh. Nak minum sejuk/panas pun boleh. Jgn maniskan dgn gula.

kalau takut lambat habis. Takut basi. Boleh rebus setiap kali nak mkn.

Sy rebus byk2 sebab nak cepat boleh mkn. Bosan tunggu lama2. Perut dah
lapar...

Bila nak mkn, ambil 1-2 senduk dr peti sejuk, panaskan atau masak sekali dgn
sayur2.

Cepat dimasak. Sedap dimakan

Sunday, October 1, 2017

PERKONGSIAN DARI DR HARISON YG MENGIKUTI PROGRAM DIET INI

[11:18, 11/9/2017] Dr Harishon: PERKONGSIAN DARI DR HARISON YG MENGIKUTI PROGRAM DIET INI

Menarik perkongsian ini. Jadi saya share kepda semua group

Saya kongsi pengalaman saya.... mula2 dulu..thn 2016..saya biasakan diri dgn makanan asas  diet sunnah sahaja dulu..iaitu air barli... kemudian perlahan2 saya cari dan susun perancangan  serta kelemahan yg menjadi kekangan diet saya tu..pada masa itu..masalah besar ialah ilmu.. bahan2 diet dan teknik merancang resepi masakan..
Kemudian  saya ikut kursus dgn DNA..kumpulan saya adalah group ke -2 di Kpg Abu Bakar Baginda.
Kemudian saya rancang nendapatkan bekalan diet sprt yg tersenarai..khususnya .herba KM dan gula kabung.
Pada masa tu..nak cari tepung barli pun tak tahu..walhal..dekat saja dgn rumah saya...
Setelah lengkap..saya buatkan fail khas..  semua maklumat asas diri dicatat..  saya cari alatan untuk ukur BP ( omron) dan test trip utk KM .... kena ada sbb kita perlu peka dgn perubahan bacaan BP dan gula...
Yang penting..saya tak putus2 solat hajat.. mohon Allah permudahkan nawaitu dan usaha saya.. berzikir sepanjang masa.. waiza mariztu..fahuwa yashfin ( dan bila aku sakit..hanya Engkau maha penyembuh) Surah As Syua'ara ayat 80. Disiplin diri solat tahajjut dan kmdnnya bersedekah walaupun rm1 sehari. Akhirnya istiqomah menjadi amalan yg sgt mudah dlm hidup..
Dulu. Saya bawa periuk nasi masa ourstation..masak barli..kini saya tambah 1 lagi..bawa blender sbb senang nak buat smoothie Barli..di Malaysia ni senang nak cari buah2an..
Ada rakan group 20 hari diet sunnah dah boleh tinggal ubat.   Reaksi badan tidak sama.  Wanita lebih sukar dari lelaki.. tp ada yg lepas diet 3 bln pun masih tak capai sepenuhnya.. .. tapi terus istiqomah sehingga tercapai target...
Kalau tak dipecah ruyung..tak akan dpt sagunya.. maknanya.. kalau tak cuba kita tak cabar diri dan tak kenal kemampuan...kita sebenarnya BERJUANG...
Penyakit dibadan kira tak akan hilang semudah memetik jari..sehari dua dah hilang tp sekurang2nya. Bila mencuba..bermakna kita memilih yg terbaik untuk diri kita.... In sya Allah akan sampai masanya rezeki kita untuk pulih...
Setialah dgn group diet..byk pedoman di sini...
😍😍💪💪

Wslm

SEBAB & CINTA

[23:43, 11/9/2017] Dr. Noorulamin: DUA FAKTOR PENTING UNTUK PENYEMBUHAN KENCING MANIS (dan penyakit2 lain)

1. SEBAB

Seringkali kita tidak mempunyai sebab yang kukuh kenapa kita harus sembuh dari penyakit. Bila ditanya kpd pesakit mereka akan memberi mcm2 jawapan kenapa dia nak sembuh dari penyakit. 

'SEBAB' utama kenapa kita perlu sembuh harus bertapak dengan kukuh dalam hati. Dan sekiranya sesuatu yg tidak dingini berlaku semasa proses penyembuhan, 'SEBAB' ini akan sentiasa memandu kita supaya kita tidak sekali pun putus asa dalam usaha utk sembuhkan penyakit. Dan antara 'SEBAB' yang sangat penting untuk seseorang supaya penyakitnya sembuh ialah MENUNDUKKAN DIRI KEPADA ALLAH.

Kemanisan solat dalam keadaan duduk, baring atau dlm keadaan pakai lampin dewasa tidak sama dengan solat yg dilakukan dalam keadaan normal. Jadi SEBAB ini harus menjadi penyebab utama kita nak sembuh dari penyakit kita.

Sentiasa berulang kali ingatkan minda separa sedar kita(subconcious mind) SEBAB kenapa kita nak sembuh penyakit. Biarkan SEBAB ini "melekat" kukuh dalam minda kita.

"He who has a 'why' to live for can bear almost any 'how' - Viktor Frankl

2. CINTA

Satu lagi faktor yg akan mempercepatkan proses penyembuhan penyakit ialah cinta yg paling agung sekali iaitu CINTA KPD ALLAH. Perasaan cinta dan sayang kepada yg Maha Pencipta kita harus menebal dari hari demi hari. Cinta yang tidak pernah luntur dalam hati akan menyebabkan sel-sel badan ciptaanNya berusaha untuk kesembuhan. Zahirkan cinta ini dengan zikrullah setiap hari sambil bayangkan dalam hati ALLAH SWT.

"Love is the ultimate and highest goal to a which a man can aspire" - Viktor Frankl

Tulisan ini adalah hasil olahan idea yg saya dapat dari buku bertajuk 'Man Search For Meaning In Life' tulisan Dr Viktor Frankl. Beliau adalah salah seorg yg terselamat semasa zaman HOLOCAUST Nazi. Buku ini ditulis pada tahun 1945 dan sehingga sekarang menjadi 10 buku yg paling berpengaruh di dunia (Top 10 World Most Influencial Book)

Semoga kita semua sembuh dari penyakit kita asbab daripada SEBAB dan CINTA kepadaNya

Wslm

Dr Noorul Amin Abd Rahman
MD

Mula2 berdiet

[19:09, 11/9/2017] Prof Dr Siti Amrah: Mula2 berdiet memang macam2 perkara yg tidak sedap dirasai... ini kerana sel2 yg selama ini bermandian glukos yg tinggi tiba2 terasa kurang bekalan gula.... kita panggil generalised lethargic sebab dipuasakan.

Teruskan shj dan kuatkan semangat... kalau bolih tingkatkan aktiviti fizikal... bawa berjalan2 atau bermain2 di taman... tukar jadual kehidupan harian..

in syaa Allah dgn pengambilan herba, madu, habbatussauda dan minyak zaitun bersama sayur2an, buah2an dan barli..... sel2 baru akan muncuk yg lebih ceria dan bersemangat... masa bergembira akan tiba... in syaa Allah..
- Prof. Dr. Siti Amrah

Link

Jika ada sesiapa yg ada kencing manis..share kan lah link ni

ni link whatsapp & telegram group utk perbincangan sembuhkan kencing manis

Sila sentuh link untuk join group.

Whatsapp Groups Diet Sunnah 4

Whatsapp Groups Diet Sunnah 3

Whatsapp Groups Diet Sunnah 2

Whatsapp Groups Diet Sunnah 1

Whatsapp Groups Diet Sunnah

Telegram Groups Diet Sunnah

Facebook Dr. Amin

Facebook Johari Abu

Facebook Page Dr. Amin

Facebook Page Perang Melawan Ubatan Kimia

Facebook Groups

Saksikan video tentang bagaimana sembuhkan diabetes melalui Perubatan Nabi oleh Dr. Hj. Noorul Amin

Video pendedahan Dr. Amin pernah kena sakit buah pinggang

Video panduan jika berat badan turun drastik ketika diet dan cadangan utk mengatasinya.

Dalam group whatsapp/Telegram ni x boleh iklan2/ send benda2 merapu / forward2 mesej berantai dll...nanti kena remove. TQ

Kalau nak group yg boleh merapu2 & boleh iklan2 sentuh link ni Whatsapp Group Pelbagai


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Johari Abu
+60196781007

Whatsapp :  wasap.my/+60196781007

Facebook :   www.facebook.com/johari0828

BADAN BERASID PUNCA PENYAKIT

[08:07, 9/7/2017] Dr. Noorulamin: BADAN BERASID PUNCA PENYAKIT

Sejak sekian lama para doktor serta pengkaji mendapati badan manusia yg berasid boleh menyebabkan pelbagai penyakit. pH badan manusia sedikit beralkali iaitu 7.34 dan sekiranya imbangan pH badan ini terganggu maka penyakit, terutamanya penyakit kronik akan mula muncul seperti diabetes, darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya.

Dr Teodore Baroody dalam bukunya "Alkalize or Die" menyatakan pelbagai nama diberikan kepada pelbagai penyakit tetapi kesemua penyakit tersebut hanya mempunyai satu penyebab iaitu badan yg berasid.

Dr Arthur Guyton penulis buku "Textbook of Medical Physiology" menyatakan langkah pertama untuk mengekalkan kesihatan badan ialah dengan mengelakkan badan menjadi berasid.

Dr Michael Cutler penulis dalam The "Journal Of Body Chemistry Science" menyatakan paras asid yg tinggi adalah penyebab kepada pelbagai penyakit serta pelbagai kesakitan yg dialami manusia.

Dr Robert O Young dalam bukunya "pH Miracle for Diabetes" menyatakan gangguan imbangan asid alkali memainkan peranan penting dalam terjadinya penyakit dalam badan seseorang.

Badan manusia tidak mempunyai kebolehan untuk menjadikan kepada situasi beralkali sekiranya ia menjadi berasid. Satu-satu cara untuk menjadikan badan beralkali ialah dengan MENGELAKKAN MAKANAN YG BERASID.

Apakah makanan yg berasid ? Semua makanan yg berasaskan haiwan seperti ayam, ikan, makanan laut dan daging adalah berasid kerana struktur molekul protein haiwan yg terdiri drpd pelbagai asid amino.

Jika anda tercari-cari ubat ajaib yg mampu menyembuhkan segala penyakit yg anda, ubatnya ialah KURANGKAN/BERHENTI MAKANAN BERASASKAN HAIWAN.

Wslm
DNA
#vegetariandietislamicdiet
#prophetmuhammadsemivegetarian

KENAPA NABI GALAKKAN PUASA DAN BEKAM PADA PERTENGAHAN BULAN ?

[10:34, 9/1/2017] Dr. Noorulamin: KENAPA NABI GALAKKAN PUASA DAN BEKAM PADA PERTENGAHAN BULAN ?

Dr Arnold Lieber, seorang doktor pakar Psychiatri dari New York membuat pemerhatian selama 15 tahun tentang perubahan yg berlaku di kalangan manusia di Ohio dan Miami, Amerika Syarikat ketika bulan penuh.

Dalam pemerhatian beliau, didapati berlaku peningkatan kes kemalangan maut jalan raya dan juga peningkatan kes-kes kemasukan ke wad psykiatrik pada pertengahan bulan lunar. Terdapat juga peningkatan kes jenayah kejam dan pembunuhan pada pertengahan bulan.

Dalam pemerhatian beliau di hospital juga mendapati pembedahan yg dilakukan pada pertengahan bulan lunar biasanya berakhir dengan pendarahan yg teruk. Beliau bukukan segala pemerhatian beliau dalam bukunya yang bertajuk "The Lunar Effect, Biological Tides And Human Emotions"

Kenapa perubahan ini berlaku ? Ketika bulan penuh, kesan graviti bulan menyebabkan pergerakan bendalir yg tidak seimbang antara sel badan (terutama otak) dan saluran darah. Ini menyebabkan peningkatan bendalir dalam otak dan seterusnya mengakibatkan perubahan tingkah laku manusia yg negatif.

Bagaimana cara nak atasi fenomena ini ? Jawapannya ialah kurangkan input ke badan dgn berpuasa dan keluarkan segala bendalir berlebihan dalam badan dgn berbekam.

Dari Abu Dzar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka ”berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa haditsnya hasan).

Ibnu Sina di dalam kitabnya Al-Qaanun Fit Thibb menyarankan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergolak keras dan mencapai puncak penambahannya kerana kesan graviti bulan yg sangat kuat pada pertengahan bulan"

Wassalam
DNA

DAUN INAI DAN KENCING MANIS

[14:59, 9/23/2017] Dr. Noorulamin: DAUN INAI DAN KENCING MANIS

Ramai yg tidak menyedari disamping inai digunakan utk tujuan hiasan diri, inai juga mempunyai kelebihan dari segi perubatan.

Daun inai mempunyai kesan antibiotik yg sangat kuat. Ia juga mempunyai kesan antikulat serta kesan antivirus.

Ummu Salamah ra melaporkan tidak ada luka ketika balik dari perang yang tidak dirawat dengan inai oleh Nabi SAW. (HR Abu Daud dan Baihaqi)

Sesiapa yg datang kepada Nabi SAW mengadu sakit kaki, baginda SAW akan nasihatkan mereka utk sapu inai (HR Abu Daud)

Pesakit kencing secara umumnya dikenali sering alami masalah luka di kaki yg lambat sembut. Pesakit kencing manis juga sering alami kesakitan menyucuk di kaki yg dikenali sbg 'peripheral neuropathy pain'.

Bagi kedua-dua keadaan ini, daun inai yg dikisar adalah pilihan terbaik bagi mereka yg gagal mendapat kesan penyembuhan dari antibiotik yg berasal dari bahan kimia yg dihasilkan di makmal.

Bagi yg risau tentang kesan samping ubat antibiotik bahan kimia utk rawat luka mereka, daun inai merupakan pilihan terbaik yang dijamin TIADA KESAN SAMPING.

Keringkan segenggam daun inai, rendam semalaman dlm segelas air dan minum airnya setiap pagi. Pada malamnya sapu luka kaki dengan daun inai yg telah dikisar.

Anda pasti akan terkejut dengan kesan positif ke atas luka kencing manis atau kesan positif ke atas sakit kaki neuropathy.

DNA
Sekian
Wslm

APA ITU HERBA ?

  APA ITU HERBA ? Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara ...