Wednesday, January 25, 2017

Gam Arab

FAKTA DAN KEBAIKAN GUM ARABIC
Surat Al-Baqarah Ayat 57
وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Gum Arabic (dipanggil Gam Arab di Malaysia) ada 2 jenis, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia Seyal pula biasanya digunakan untuk industri-industri lain. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia, terutamanya di Amerika dan Eropah.
Berikut adalah fakta-fakta dan maklumat tentang Gum Arabic atau mengenai kebaikan-kebaikan Gum Arabic (Acacia Senegal):-
1. US Food and Drug Administration  (USFDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat makanan yang paling selamat.
2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) telah bersama-sama membuat ujian tentang penggunaan ke atas gum arabic dan mengesahkan bahawa Gum Arabic adalah bahan yang amat selamat untuk dijadikan sebagai makanan tambahan.
3. Orang-orang Sudan dan Mesir telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka, malah memberikan mereka tenaga yang diperlukan untuk bekerja di ladang-ladang.
4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang menyumbang kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik probiotik yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Probiotik, yang hidup di dalam kolon dan apendiks, berperanan mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Probiotik juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolesterol dalam darah, sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, sebagai antioksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
Ikutilah tentang perbezaan antara prebiotik dan probiotik dan peranan mereka dalam memantapkan sistem imun badan manusia.
5. Kajian membuktikan Gum Arabic boleh mengurangkan beban kepada buah pinggang dan merawat sakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah berbanding dengan pesakit yang hanya makan diet rendah protein tanpa makan gum arabic. Gum arabic didapati boleh membantu menurunkan uraemia dan sekaligus mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
6. Ramai ahli saintis atau pengkaji telah menemui atau membuktikan bahawa Gum Arabic adalah setaraf dengan susu ibu dari segi kesan prebiotiknya dan keberkesanan Gum Arabic merawat pelbagai penyakit yang berpunca daripada usus, lemak, gula atau kolesterol sudah tidak diragui lagi. Semua pengkaji bersetuju bahawa Gum Arabic boleh membantu badan berfungsi dengan sempurna bagi menghalang atau merawat pelbagai penyakit yang berpunca dari makanan dan minuman yang tidak sihat dan pencemaran air, udara dan radiasi.
A) Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arabic dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus. Dr. Isam menambah lagi bahawa kandungan prebiotik dalam Gum Arabic bertindak menyuburkan bakteria baik dalam usus yang bertanggungjawab membuang segala toksin, lemak yang berlebihan dan bahan-bahan yang tidak berguna (waste) dari badan. Prebiotik juga menguatkan sistem imun dan melawan bakteria yang berbahaya. Dr. Isam juga mengkritik karenah Barat yang lebih mempromosikan gandum dan barli sebagai sumber serat makanan yang diperlukan oleh badan, sedangkan gandum dan barli mengandungi kalori yang tinggi yang akhirnya membawa kepada penyakit diabetis dan obesiti. Sedangkan serat makanan yang amat baik untuk badan adalah serat makanan larut yang terdapat dalam Gum Arabic yang juga mempunyai kesan prebiotik. Kebanyakan doktor perubatan yang mengesyorkan pengambilan serat makanan antara 25-35 gram sehari adalah mereka yang tidak mempelajari tentang sains nutrisi, jadi mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang jenis serat yang baik dan yang tidak baik.
B) Gum Arabic boleh merawat cirit birit ringan, masalah buasir dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus, iaitu kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur. Ini telah dinyatakan oleh Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik. Beliau berkata, penyelidikan perubatan yang dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain, rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Menurut beliau lagi, kajian-kajian mengenai perkara ini telah dijalankan di Hospital Ahmed Qassim dan Hospital Ja'far Ibn Aouf di Sudan dan Hospital al-Qasr al-Aini di Mesir.
C) Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arabic, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes.
D) Prof. John R. Lopin, Penasihat Saintifik di AidGum Foundation, menyatakan Gum Arabic adalah sejenis resin dan pada masa yang sama ia bertindak sebagai prebiotik untuk menghasil asid lemak rangkaian pendek (short-chain fatty acid) yang memberikan tenaga kepada badan di samping menguatkan fungsi usus.
8. Mengenai kemampuan Gum Arabic mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya sakit jantung koronari (Coronary Heart Disease, CHD), ini adalah dikaitkan dengan kemampuan gum arabic menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah disebabkan kandungan serat makanan larut (soluble dietary fiber) yang tinggi dalam Gum Arabic. Kajian-kajian yang telah dibuat oleh Kromhort et al. (1982), Pietinen et al. (1996), Rimen et al. (1996), dan Khaw and Barrett-Connor (1987) telah membuktikan bahawa serat larut memainkan peranan penting dalam mencegah atau mengurangkan CHD.
9. Gum arabic adalah satu-satunya makanan yang mempunyai serat larut yang paling tinggi, mencecah sehingga 85% mengikut fakta pemakanan (nutrition fact) serbuk bancuhan segera gum arabic yang dikeluarkan oleh beberapa pengusaha. Ini bermakna pengambilan 10 gram gum arabic sehari menyumbangkan 8.5 gram serat makanan larut yang diperlukan oleh badan untuk proses penghadaman yang sempurna.
..Cadangan penggunaan:
   1. Pesakit buah pinggang; 2 sudu makan iaitu 25 gram setiap pagi, 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, sebaik-baiknya 1 atau 2 jam selepas makan malam. Pengambilan 50 gram sehari dapat mengurangkan beban kerja buah pinggang dan pengurangan creatinine.
   2. Untuk buasir, berak berdarah & sembelit:  2 sudu makan (25 gram) 2  kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong. Jika bengkak di kawasan dubur; ambil sedikit serbuk gum arabic, campur dengan sedikit air, sapu di kawasan yang bengkak tersebut. Jika keadaan serius, seperti bengkaknya besar atau banyak darah keluar semasa buang air besar minum 1 1/2 sudu makan pada malam hari.
3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 3  sudu teh (15 hingga 25 gram) pada waktu malam sebelum tidur dan pada waktu pagi sebelum sarapan. Remaja 2 sudu teh dan kanak-kanak 1 sudu teh.
4. Untuk gout; 2 sudu makan iaitu 25 gram setiap pagi, 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic tadi.
5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna yang badannya secara genetik membina kolesterol yang berlebihan sehingga penurunan dengan gum arabic tidak memadai. Orang yang sedemikian perlu makan ubat untuk menghalang badan membina kolesterol  secara berlebihan tersebut).
 
   6. Sebagai makan tambahan sakit-sakit lain dan untuk meningkatkan sistem imun untuk menentang penyakit: 15 hingga 30 gram sehari, iaitu, 15 gram 2 jam sebelum sarapan dan 15 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, sebaik-baiknya 1 atau 2 jam selepas makan malam juga.
   7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.   
    8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
    9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
  10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic. (check paras gula dalam dalam darah anda untuk memastikan ia berkesan untuk anda)
   
    11. Untuk buasir yang serius; minum 2 sudu makan iaitu 25 gram setiap pagi, 2 jam sebelum sarapan dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur, dan 1 atau 2 jam selepas makan malam. Jika ada bengkak dan sakit, buat bancuhan pekat seperti bedak sejuk, sapu di tempat tersebut.
   12. Untuk mengurangkan batuk ringan: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.
   
   13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik dan ragu-ragu untuk makan gum arabic.
   14. Untuk masalah jerawat; ambil secubit dicampur sedikit air dan disapu ke muka sebagai masker, minum 15 hingga 25 gram setiap pagi dan malam.


*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT*
*Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda.
*Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.
1 sudu makan = 15gram
2 sudu makan = 30gram
Makan al manna ni lebih kurang 2 sudu makan selepas beberapa hari mula memakannya.

Sunday, January 1, 2017

BUBUR BARLI STRAWBERI

[31/10, 13:52] Prof Dr Siti Amrah: Nak share resepi bubur barli strawberi.. bila balik dari Cameron baru2 ni...

2 sudu makan tepung barli
1.5 cawan air
Lada hitam tumbuk
Garam bukit
Kacau atas api sederhana hingga masak dan padamkan api

3 biji bawang putih
2 tangkai asparagus.. potong2 dan masukkan dlm bubur ketika masih panas.

5 biji tomato ceri
2 biji strawberi potong2 dan masukkan semasa menghidang...

Jangan lupa... tambah
minyak zaitun...

RESEPI BUBUR BARLI CIKGU LINI

[18:32, 8/18/2017] 00 Cikgu Lini:

Bubur Barli
Bahan :
1. Setengah biji karot(  di hiris )
2. Brokoli
3. Cendawan tiram
4. Cili benggala
5. 3 ulas bawang putih. ( cincang )
5. 1 cawan barli rebus dikisar.
6. Minyak zaitun
7. Lada sulah.
8. Garam

Cara :
1. Tumis bwg cincang dgn minyak zaitun.
2. Masukkan karot , brokoli , cili dan cendawan.
3. Bila sayur dah layu sedikit tambah barli kisar.
4. Letak garam dan lada sulah.
5. Hidang panas

APA ITU HERBA ?

  APA ITU HERBA ? Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara ...