Thursday, October 22, 2020

APA ITU HERBA ?

 APA ITU HERBA ?

Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus. Bahagian hijau tumbuhan herba digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba. Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba. Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi.
info : https://educalngocom/ms/dic-ms/herba
hubungi saya
0196781007

Telegram

Facebook

Facebook Page

Shopee

APA ITU HERBA ?

  APA ITU HERBA ? Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara ...