Sunday, October 1, 2017

SEBAB & CINTA

[23:43, 11/9/2017] Dr. Noorulamin: DUA FAKTOR PENTING UNTUK PENYEMBUHAN KENCING MANIS (dan penyakit2 lain)

1. SEBAB

Seringkali kita tidak mempunyai sebab yang kukuh kenapa kita harus sembuh dari penyakit. Bila ditanya kpd pesakit mereka akan memberi mcm2 jawapan kenapa dia nak sembuh dari penyakit. 

'SEBAB' utama kenapa kita perlu sembuh harus bertapak dengan kukuh dalam hati. Dan sekiranya sesuatu yg tidak dingini berlaku semasa proses penyembuhan, 'SEBAB' ini akan sentiasa memandu kita supaya kita tidak sekali pun putus asa dalam usaha utk sembuhkan penyakit. Dan antara 'SEBAB' yang sangat penting untuk seseorang supaya penyakitnya sembuh ialah MENUNDUKKAN DIRI KEPADA ALLAH.

Kemanisan solat dalam keadaan duduk, baring atau dlm keadaan pakai lampin dewasa tidak sama dengan solat yg dilakukan dalam keadaan normal. Jadi SEBAB ini harus menjadi penyebab utama kita nak sembuh dari penyakit kita.

Sentiasa berulang kali ingatkan minda separa sedar kita(subconcious mind) SEBAB kenapa kita nak sembuh penyakit. Biarkan SEBAB ini "melekat" kukuh dalam minda kita.

"He who has a 'why' to live for can bear almost any 'how' - Viktor Frankl

2. CINTA

Satu lagi faktor yg akan mempercepatkan proses penyembuhan penyakit ialah cinta yg paling agung sekali iaitu CINTA KPD ALLAH. Perasaan cinta dan sayang kepada yg Maha Pencipta kita harus menebal dari hari demi hari. Cinta yang tidak pernah luntur dalam hati akan menyebabkan sel-sel badan ciptaanNya berusaha untuk kesembuhan. Zahirkan cinta ini dengan zikrullah setiap hari sambil bayangkan dalam hati ALLAH SWT.

"Love is the ultimate and highest goal to a which a man can aspire" - Viktor Frankl

Tulisan ini adalah hasil olahan idea yg saya dapat dari buku bertajuk 'Man Search For Meaning In Life' tulisan Dr Viktor Frankl. Beliau adalah salah seorg yg terselamat semasa zaman HOLOCAUST Nazi. Buku ini ditulis pada tahun 1945 dan sehingga sekarang menjadi 10 buku yg paling berpengaruh di dunia (Top 10 World Most Influencial Book)

Semoga kita semua sembuh dari penyakit kita asbab daripada SEBAB dan CINTA kepadaNya

Wslm

Dr Noorul Amin Abd Rahman
MD

APA ITU HERBA ?

  APA ITU HERBA ? Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara ...