Friday, September 1, 2017

CUKA & KENCING MANIS

[12/09, 15:07] Dr. Noorulamin: CUKA DAN KENCING MANIS
Sekiranya anda mengidap kencing manis, salah satu cara untuk mengurangkan gula dan mengurangkan rasa lapar adalah dengan mengambil satu sudu besar cuka (buatan sendiri, bukan yang dibeli di kedai) ketika anda makan. Hebatnya cuka sehingga Nabi mendoakan supaya Allah berkati cuka dan cuka juga merupakan lauk kepada makanan roti nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW.

Menurut beberapa kajian, sedikit cuka (satu sudu besar) yang ditambahkan kepada makanan, atau diambil bersama dengan makanan, telah dibuktikan mengurangkan indeks glisemik karbohidrat dalam makanan yang di makan[1].  Indeks glisemik makanan berkurangan sehingga 30% apabila makanan itu di makan bersama cuka[2]. Ini bermakna hanya dengan menambahkan sesudu besar cuka ke dalam makanan anda, paras gula anda boleh turun sebanyak 30%.

Kajian yang lain juga menunjukkan bahawa pengambilan cuka mempercepatkan rasa kenyang, sekali gus mengurangkan jumlah makanan yang diperlukan. Satu sudu besar cuka boleh menyebabkan pengambilan makanan dikurangkan sepanjang hari. Ketika kebuluran menimpa Imam 'Ali ibn Abi Talib dan isterinya Fatimah al-Zahra, mereka tidak makan apa-apa kecuali minyak zaitun dan cuka. Minyak zaitun digunakan untuk mendapatkan khasiat pemakanan sementara cuka digunakan untuk menghilangkan rasa lapar.

Jangan sesekali beli sebarang cuka yang di jual di kedai. Hampir kesemua cuka buah yang di jual di kedai adalah dihasilkan dengan cara menambahkan asid asetik sintetik dengan jus buah dan para penjual menjual dengan mendakwa itu adalah cuka. Ia langsung tidak melalui proses penapaian Pengambilan asid asetik sintetik boleh menyebabkan masalah gastrik dan pendarahan perut. Sekiranya anda ingin mandapat manfaat daripada cuka untuk atasi masalah kencing manis anda, pastikan anda buat sendiri cuka di rumah. Di bawah ini dilampirkan beberapa pautan untuk memudahkan anda buat sendiri cuka di rumah dan mendapat manfaat darinya.

Wassalam
DNA

Admin
Facebook - Perang Melawan Ubatan Kimia

#cuka
#lawanpenipuancuka
#vinegarcurediabetes

Rujukan kajian:

1.  Liljeberg H, Bjorck I. Delayed gastric emptying rate may explain improved glycemia in healthy subjects to a starchy meal with added vinegar. Eur J Clin Nutr. 1998;64:886-893; Leeman M, Ostman E. Bjorck I. Vinegar dressing and cold storage of potatoes lowers postprandial glycemic and insulinaemic responses in healthy subjects. Eur J Clin Nutr. 2005;59:1266-1271; Johnston CS, Kim CM, Buller AJ. Vinegar improves insulin sensitivity to a high carbohydrate meal in subjects with insulin resistance or type 2 diabetes mellitus. Diabetes Care 2004;27:281-282.

2. Sugiyama M. Tang AC, Wakaki Y, Koyama W. Glycemic index of single and mixed meal foods among common Japanese foods with white rice as a reference food. Eur J Clin Nutr. 2003; 57:743-752; Ostman EM, Liljeberg Elmstahl HG, Bjorck IM. Inconsistency between glycemic and insulinemic responses to regular and fermented milk products. Am J Clin Nutr. 2001;74:96-100.

Pautan untuk cara buat cuka di rumah

Cara Membuat Cuka Apel Sendiri di Rumah - Satu Jam
https://www.satujam.com › Kesehatan

Cara Mudah Membuat Cuka Apel Sendiri di Rumah - iNewbiee
inewbiee.com › Home › Lain-Lain

10 Langkah Cara Membuat Cuka Apel yang Benar | Rejeki Nomplok
https://rejekinomplok.net › HIDUP SEHAT

CARA MEMBUAT CUKA APEL ORGANIK SENDIRI | Resep Masakan ...
carabuatresep.blogspot.com › Cara Buat Resep Khusus

Ikut langkah2 dalam blog ni kalau nak buat cuka epal sendiri di rumah.
Jangan risau pasal kena bubuh gula putih utk buat cuka. Hasil akhir tidak akan ada gula. Tujuan bubuh gula adalah untuk makanan bacteria baik yg akan lakukan proses penapaian. Hasil akhir tidak akan ada gula.
Selamat mencuba

APA ITU HERBA ?

  APA ITU HERBA ? Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara ...